⠀
Musim durian dah bermula nampaknya.. 😍
⠀
Sebut pasal durian di Pulau Pinang, pastinya penduduk tempatan akan merujuk kepada raja buah yang ditanam di kawasan Balik Pulau sebagai antara yang terbaik di negara ini.
⠀
Sebagai mana hebatnya mangga harum manis dikaitkan dengan Perlis, begitulah juga sinonimnya durian Balik Pulau kepada Pulau Mutiara ini yang pastinya menjadi buah yang dicari-cari tatkala ketibaan musimnya.
⠀
sumber : penangkini