6 Tips Cara-Cara Anda Perlu Tahu Jika Ingin Bercuti Di Pulau Pinang Menggunakan Pengangkutan Awam.
Pulau Pinang seperti diketahui umum sangat dikenali sebagai tempat percutian best kat Malaysia sehinggakan mendapat jolokan nama ‘syurga makanan’. Mana taknya, kat Penang ni kalau bab makan sehari memang tak cukup nak cover semua tempat makan best.
Pada korang yang nak ke Penang tapi rasa macam malas nak drive terutamanya pada korang dari arah Selatan, korang boleh naik high speed Electric Train Service (ETS) yang bermula dari Gemas dan akan turun di stesen Butterworth. Sangat berbaloi bagi korang yang ingin menikmati permandangan kerana harga tiket sehala bagi dewasa hanya RM83 dan kanak-kanak RM46. Murah dan jimat masa.
Korang juga boleh naik bas ke Pulau Pinang. Lagi mudah sebenarnya sebab korang boleh pilih untuk terus turun ke bahagian pulau ataupun diseberang. Di bahagian pulau, korang boleh turun di Terminal Bas Komtar, George Town manakala di bahagian seberang Pulau Pinang pula korang boleh turun di Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral. Bajet naik bas dari Johor Bahru ke Pulau Pinang lebih kurang RM70 sehala. Dari seberang nak ke pulau pula, korang boleh enjoy naik feri rasa angin laut.
Kalau nak naik kapal terbang pun orait juga, tapi korang kena plan awal-awal sebab harga tiket ke Pulau Pinang ni berbeza-beza harganya. Paling rendah kalau beruntung dapat bawah RM20 pun ada melalui promosi Air Asia.
Berikut merupakan tips yang anda perlu tahu jika melancong ke Pulau Pinang menggunakan pengangkutan awam. Dan bagi korang yang ingin merasa memandu sendiri boleh terus klik ke laman pilihan tiptop kereta sewa penang.
- Ketahui tempat-tempat menarik di Pulau Pinang
Tips paling penting, korang kena buat homework tempat-tempat yang korang nak lawat. Kalau tak buat homework, memang korang akan terlepas banyak tempat best tambah-tambah kalau cuti korang tu setakat 3 hari. Mana cukup.
Gambar: Narrow Marrow @ George Town
Gambar: Le 楽 @ George Town
- Pilih tempat menetap yang strategik
Penginapan bukan satu masalah bila korang di Pulau Pinang terutamanya dikawasan bandar atau kawasan pelancongan. Bukan sahaja dapat jimatkan masa anda untuk bergerak ke satu tempat malah dapat juga jimatkan kos pengangkutan. Georgetown dan Batu Feringghi selalunya menjadi pilihan utama pelancong kerana kawasan ini berdekatan dengan banyak tempat menarik.
- Rancang perjalanan sepanjang percutian
Merancang itu wajib! Bila korang dah tahu tempat-tempat yang korang nak pergi dan booking tempat tinggal, sekarang ni korang kena susun jadual apa yang korang nak buat kat sana. Kena plan dari point A ke point B. Macam mana nak ke sana, apa yang nak buat kat sana dan berapa bajet diperlukan.
Gambar: Dan Café Georgetown
Gambar: The Habitat Bukit Bendera
Gambar: Batu Feringgi
- Kenali jenis pengangkutan awam
Kat Pulau Pinang ada banyak jenis pengangkutan awam. Macam biasa korang boleh naik bas RAPID. Pengangkutan bas RAPID Pulau Pinang sangat efisien so korang tak perlu risau. Boleh pergi official website untuk refer jadual bas. Naik feri pun syok jugak especially kalau korang nak elak jam bila nak ke seberang.
Gambar: Naik feri, perjalanan dari pulau ke seberang sejam sekali
Lepas tu korang boleh jugak naik beca untuk ke destinasi yang dekat-dekat. Jangan naik beca lepastu suruh dia hantar dari Georgetown ke Batu Feringgi pulak. Kang patah kaki dia nanti berkayuh. Kalau rasa malas naik bas, ambik je Grab.
Lagi satu, mungkin ramai yang tak tahu lagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berbelanja sebanyak RM15 juta tahun ini untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma CAT yang merangkumi semua pelusuk negeri tak kira di pulau atau seberang.
- Fahami jalan disekitar Pulau Pinang
Perjalanan korang akan lebih smooth kalau korang dah study map Pulau Pinang. Paling teruk pun korang kenalah tahu Batu Ferringhi tu kat belah utara, Georgetown belah timur, Bayan Lepas belah selatan dan Balik Pulau belah barat pulau manakala Seberang Perai tu dekat mainland. Barulah seronok berjalan!
Lepastu kalau bercuti di Penang, bukan belah pulau je yang best. Ramai yang terlepas pandang sebenarnya kat Penang seberang pulau pun sama banyak tempat yang best macam Kelip-Kelip dan Hutan Lipur Bukit Panchor
Gambar: Kelip-Kelip di Nibong Tebal Sungai Kerian
Dengar cerita lepas ni kat Penang akan ada LRT. Sistem LRT ini akan merangkumi kawasan strategik iaitu KOMTAR, Bayan Lepas FIZ dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Lagi senang la bercuti kat Penang tanpa perlu drive kereta ke sana nanti.
Disini kami sertakan segala kemudahan di laman www.festive.com.my untuk korang cepat lawati website simple dan lengkap untuk sebarang informasi yang diinginkan.