05/11/2015



Berita pagi tadi memberitahu bahawa Hire Purchase Act (HP Act) akan dikaji semula kerana Akta yang ada sekarang ini memberikan ruang yang cukup banyak kepada pihak bank untuk menindas peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka. Antara cas (charge) yang disebut ialah upah tarik, cas (charge) storage (penyimpanan) dan satu lagi, saya terlupa.

Yang tidak disebut ialah cas guaman, duit kopi dan segala kesukaran dan tekanan secara fizikal dan emosi yang diterima oleh peminjam.

Sudah terlalu lama peminjam ditindas, undang-undang tidak memihak kepada mereka sedangkan merekalah yang patut mendapat pembelaan dan jika tiada peminjam maka tiada juga bank… sepatutnya benda ini dah lama diambil perhatian oleh pihak berwajib.

Namun kata pepatah orang putih” better late than never”. Jadi saya sebagai seorang peminjam amat mengalu-alukan langkah-langkah baru ini dan diharap pekerja bank, bank Negara dan orang ramai sama-sama memikul tanggungjawab bagi merealisasikan perubahan ini.

Bagi mereka yang pernah melalui waktu-waktu perit dan tak mampu membayar ansuran pinjaman, tentu faham sangat tekanan yang diberi.

Selain dari kenderaan akan ditarik bila-bila masa selepas 3 bulan 21 hari, ada pekerja bank yang makan duit kopi dari tukang tarik – selain dari membekalkan maklumat peminjam, pegawai bank ini bersekongkol dengan penarik kereta untuk habuan dengan :-
Stop payment – tidak membenarkan bayaran dibuat jika penarik kereta inform yg kenderaan yang lewat membayar telah dijumpai.
Surat RO hanya di fax atau e-mail kepada penarik kereta bila kereta telah dijumpai – bererti peminjam tak tahu pun RO (Repossessing Order) telah dikeluarkan dan jika sudah dikeluarkan kekadang bukan kepada penarik kereta itu tapi kepada penarik kereta yang lain.
Kadang-kadang peminjam berjanji dengan bank akan membayar pada contoh : 5/11/09 tapi kenderaan ditarik pada 4/11/09 dan peminjam terpaksa melunaskan bayaran tambahan sedangkan jika bank tetap pada janjinya peminjam memang dapat melunaskan mungkin lebih dari yang tertunggak.
Kenderaan yang ditarik diguna-pakai oleh penarik kereta sebelum dan ada waktu kenderaan yang ditarik hilang langsung tidak diserah kepada bank. Dalam bahasa “mereka” ini dipanggil “duri”, silap haribulan terlepas jual ke Thailand.
Bank hantar surat saman biarpun menerima bayaran (kes macam ni biasanya untuk kes bayaran yang tertunggak contoh : peminjam memang ada tunggakan tapi masih membayar contoh hutang 3 bayar 1 atau 2, jadi memang ada tertunggak dan pihak bank pulak sewenang-wenangnya hantar surat saman kat peminjam sedangkan bank masih menerima bayaran – dan cas tetap peminjam yang kena bayar.
Ada 1 kes terbaharu kat tangan saya sekarang ni ialah, bulan 9 bank hantar 1 surat lawyer NOD (Notice of Demand) dikeluarkan oleh satu firma guaman dan pada bulan 10 satu surat lagi oleh firma guaman yang lain. So macamana ni?
Bila kenderaan dah ditarik dan katalah peminjam tak mampu nak tebus balik, kenderaan ini akan dilelong dan sekiranya harga lelong kurang dari hutang, maka pihak bank akan mengambil tindakan sivil kepada peminjam.

Kesian kepada peminjam, sudah jatuh ditimpa tangga, dihempap dek pasu bunga lalu dilanggar oleh lori trailer… Lihatlah betapa zalimnya system pentadbiran yang ada di Negaraku yang tercinta ini yang Islam itu agama rasminya.

Penindasan yang halus tanpa disedari.

Bagi para peminjam pula, ketahuilah hak-hak sebagai peminjam dan ambil tahu sikit pekara-pekara seperti undang-undang tarik kereta. Kalau ikut undang-undang, kereta dalam kawasan tertutup contoh : porch – mereka tak boleh tarik . Tapi mereka buat apa? Nak tahu? Baca terus…

Kereta dalam Porch

Mereka akan “ambush” i.e mereka tunggu sejak subuh-subuh dan bila orang dirumah bukak pintu pagar untuk hantar anak ke sekolah atau keluar pergi kerja mereka akan masuk dan paksa kita serah kunci;

Kalau orang tak de rumah, mereka akan angkat pagar, keluarkan kereta dan ambil gambar (kononnya ambik kat luar rumah)

Kereta kat Public Parking

Mereka boleh tarik tapi hanya waktu pejabat dan pada hari bekerja sahaja.

Oh, lupa 2 pekara penting :-
Penarik kereta ada kad kuasa dan seharusnya mereka hanya bekerja untuk institusi kewangan tersebut sahaja dan bukan kad kuasa dari CIMB tapi tarik kereta PBB.
Kereta yang ditarik kena buat report polis dan kalau tak silap kena report sebelum ambik tapi sekarang mereka juga boleh buat report kat mana-mana balai dengan alasan diluar kawasan (polis pun ada masukk…)

Saya harap dengan pengisytiharan akta sewa beli ini, mereka juga akan menilai semula pekara-pekara yang disebutkan disini.

Fokus bank nak dapatkan balik pinjaman yang diberi jadi carilah jalan bagaimana bank tak rugi dan pelanggan tak menjadi mangsa.

Bagaimana Booking?

Hi saya dari Festive WS Tours Penang.

Jika ingin mendapatkan perkhidmatan Kereta Sewa Tuan/Puan perlu membuat tempahan sebanyak Rm150.00 ke akaun Maybank kami dan boleh berikan maklumat seperti di bawah.

REGISTRATION
name: ❓
H/P: +6******* (prefix<>no space)
IC/passport: ❓
email: ❓
address: ❓

EMERGENCY
name: ❓
H/P: +6******* (prefix<>no space)

────────────────────

AVAILABLE/REQUEST
car (A): ❓

traveling inside/outside penang
WHERE: ❓

PICKUP
date: ❓
time: ❓
location: ❓

RETURN
date: ❓
time: ❓
location: ❓

LENGKAPKAN SEMUA details ❓ untuk senang & pantas kita check slot yang available termasuk delivery & estimate harga secara TOTAL.

beserta bukti pembayaran tempahan yang telah dibuat dan disertai di sini.

Kami akan masukkan ke dalam sistem dan proses tempahan akan dilakukan selepas pembayaran dibuat ke akaun:

MAYBANK ACCOUNT:
557380416413
WS FESTIVE VENTURE

Peringatan sila beritahu selepas tempahan pembayaran dibuat.

Sekian Terima kasih.


MASYUKKK SELFIE kembali!
*Terbuka kepada semua pelanggan kereta sewa Festive Travel.

Saper nak hadiah iPhone 6S Plus FREE 31 MEI ni? 1 iPhone 6S Plus bernilai RM3388 untuk dimenangi!. Senang jer nak menang.

Pelawat